|
|
APA ITU JISIM?
Jisim merupakan ukuran kuantiti jirim yang terkandung di dalam sesuatu jasad.
APA ITU INERSIA?
Inersia adalah sifat semula jadi yang dipunyai oleh jisim untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya, sama ada jasad itu sedang bergerak atau berkeadaan pegun.
|
|
|
![](image-jisim/jisim.gif)
Unit SI bagi jisim adalah kilogram (kg).
Jisim adalah kuantiti skalar.
Nilai jisim bagi sesuatu jasad itu tetap asalkan kuantiti jirim di dalam jasad itu tidak berubah.
Alat-alat yang digunakan untuk mengukur jisim adalah seperti neraca inersia, neraca kimia dan imbangan alur.
![](image-jisim/inersia.gif)
Inersia tidak mempunyai unit SI kerana ia bukan kuantiti fizik.
Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama.
Hukum ini menyatakan suatu objek dalam keadaan pegun akan terus dalam keadaan pegun dan objek bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada garis lurus, kecuali dikenakan daya luar.
Mengikut hukum ini, jika suatu objek pegun itu mula bergerak, maka objek itu telah dikenakan daya luar.
Jika perubahan berlaku dalam gerakan suatu jasad, sama ada lajunya berubah atau gerakannya berubah, maka objek itu telah dikenakan suatu daya luar.
|
|