Make your own free website on Tripod.com
 
APA ITU PADUAN DAYA?
Hasil tambah dua daya adalah suatu daya tunggal yang dikenali sebagai daya paduan.

APA ITU LERAIAN DAYA?
Suatu daya yang boleh dileraikan kepada dua komponen daya yang serenjang.



   

Contoh paduan daya
Ali dan Abu menolak sebuah kotak dengan daya 400 N dan 300 N masing-masing mengikut arah yang sama.
Jumlah daya dikenakan
         = 400 N + 300 N
         = 700 N


Cara untuk mencari daya paduan bagi dua daya adalah dengan menggunakan kaedah segi empat selari atau kaedah segi tiga.
Kesan daya-daya ke atas gerakan jasad adalah sama dengan kesan daya paduan ke atas jasad itu.

Suatu daya F boleh dileraikan kepada dua komponen yang saling berserenjang dan masing-masing mempunyai magnitud F kos dan F sin .



Sebuah kapal rosak ditunda oleh dua buah bot P dan Q masing-masing mengenakan daya 100 kN dan 80 kN mengikut arah yang ditunjukkan.

a) Berapakah daya paduan yang dikenakan oleh bot P dan bot Q pada kapal?

b) Jika geseran air yang menentang gerakan kapal adalah 50 kN, berapakah daya paduan pada kapal?


JAWAPAN

a) OR mewakili daya paduan. Daya paduan oleh P dan Q = 148 kN pada arah 30o dari arah daya 100 kN

Cara melukis gambar rajah vektor
Lukis garis OP, 5 cm panjang untuk mewakili daya 100 kN.
Guna protraktor dan ukur 70o, lukis garis OQ, 4 cm panjang untuk mewakili daya 80 kN.
Lengkapkan segi empat selari OPRQ. Lukis pepenjuru OR yang mewakili daya paduan.
Ukur panjang OR dan sudut ROP.

b) Daya paduan pada kapal
           = 148 kN - 50 kN
           = 92 kN



<< KE BELAKANG