APA ITU MOMENTUM?
Momentum ialah hasil darab jisim dan halaju iaitu
       momentum = jisim (m) X halaju (v)
 


 
Unit SI bagi momentum ialah kilogram meter sesaat (kg m s-1).
Momentum adalah kuantiti vektor.
Arah momentum adalah sama dengan arah halaju.
Arah halaju dan momentum dianggap positif jika arah gerakan menuju ke kanan.
Arah halaju dan momentum dianggap negatif jika arah gerakan menuju ke arah kiri.
 

Prinsip keabadian momentum menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran adalah sama jika tiada daya luar betindak ke atas pelanggaran itu.
Dalam bentuk persamaan, Prinsip Keabadian momentum menyatakan
          m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
m1 dan m2 adalah jisim jasad-jasad yang berlanggar
u1 dan u2 adalah halaju jasad-jasad sebelum pelanggaran
v1 dan v2 adalah halaju jasad-jasad selepas pelanggaran




 
MOMENTUM

Di dalam rajah di atas, momentum troli P yang berjisim 2 kg dan bergerak dengan halaju u = 3 m s-1 adalah

      momentum = mu

                       = 2 X 3

                       = 6 kg m s-1


Troli Q berjisim 3 kg bergerak pada arah bertentangan dengan laju 2 m s-1, halajunya v = -2 m s-1. Halajunya negatif kerana arahnya adalah bertentangan dengan arah halaju u yang telah dianggap positif.

Maka,

momentum troli Q = mv

                           = 3 X (-2)

                           = -6 kg m s-1



PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM
Satu troli berjisim 1 kg bergerak dengan halaju 0.60 m s-1 dan berlanggar dengan satu troli lain dalam keadaan pegun berjisim 2 kg. Selepas pelanggaran, troli-troli itu bergerak bersama-sama. Berapakah halaju troli-troli selepas pelanggaran?

Jumlah momentum  =  Jumlah momentum
sebelum pelanggaran     selepas pelanggaran

m1u1 + m2u2 = (m1 + m2)v  

1 X 0.60 + 2 X (0) = (1 + 2)v              

   v = 0.60
          3

                = 0.20 m s-1


<< KE BELAKANG