Eksperimen 2.6


Kaedah:
(a) Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Laraskan kecondongan landasan sehingga geserannya terpampas.
(b) Ikatkan pemberat 100 g kepada troli dengan benang seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas. Ketegangan benang (berat bagi pemberat yang tergantung) merupakan daya tetap, F, yang ditindakkan ke atas troli itu.
(c) Catat nilai jisim pemberat, m, yang digunakan. Hitung nilai daya tetap, F, yang dikenakan ke atas troll itu.
(d) Hidupkan jangkamasa detik dan biarkan pemberat itu jatuh.
(e) Dengan mengabaikan detik-detik di hujung permulaan dan hujung penghabisan pita detik, potong pita itu kepada keratankeratan sepanjang 10 detik. Buat carta pita dan catat nilai pecutan, a, yang dikira melalui kajian carta pita dalam jadual tadi.
(f) Ulang langkah (c) - (e) dengan pemberat berjisim 150 g, 200 g, 250 g, dan 300 g.
(g) Plotkan graf pecutan, a, lawan daya, F.

Kesimpulan:
Didapati bahawa pecutan adalah berkadar langsung dengan daya yang dikenakan asalkan jisim ditetapkan.

<< KE BELAKANG