Eksperimen 2.5


Kaedah:
(a) Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Laraskan kecondongan landasan sehingga geserannya terpampas. Tanggalkan pelocok berspring dalam troli P.
(b) Letakkan sebuah troli di bahagian atas landasan dan sebuah lagi di bahagian bawah landasan itu.
(c ) Labelkan troli (atau troli-troli) yang terletak di bahagian atas landasan itu sebagai troli P. Labelkan troli (atau troli-troli) yang terletak di bahagian bawah landasan sebagai troli Q.
(d) Lekatkan seutas pita detik pada troli P dan seutas pita detik yang lain pada troli Q. Masukkan kedua-dua pita itu melalui jangkamasa detik seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
(e) Hidupkan jangkamasa detik. Kemudian tolak troli P supaya berlanggar dengan troli. Pastikan kedua-dua troli tidak melekat bersama-sama selepas perlanggaran. Catat jisim troli yang bergerak sebelum dan selepas pita detik perlanggaran dalam jadual di bawah.
(f) Daripada pita detik, tentukan dan catat halaju bagi troli-troli sebelum dan selepas perlanggaran. Seterusnya kira jumlah momentum bagi troli-troh itu sebelum dan selepas perlanggaran (Abaikan detik-detik pada bahagian permulaan dan akhir pita itu).
(g) Ulang langkah (b) - (f) tetapi kali ini gunakan bilangan troli yang berikut:

       (i) Troli P (2 troli) berlanggar dengan troli Q (1 troli) yang pegun.
       (ii) Troli P (2 troli) berlanggar dengan troli Q (2 troli) yang pegun

Sebelum pelanggaranSelepas pelanggaran
m1m2u1Jumlah momentum
m1u1
v1v2Jumlah momentum
m1v1 + m2v2
1
2
1
3
1
1
2
1
   
     

Keputusan:
Daripada jadual, didapati bahawa

                               m1u1 = m1v1 + m2v2

           Jumlah momentum = Jumlah momentum
        sebelum pelanggaran   selepas pelanggaran

<< KE BELAKANG