Eksperimen 2.4


Kaedah:
(a) Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam di atas. Laraskan kecondongan landasan sehingga geseran terpampas yang ditunjukkan oleh satu daya tolakan yang kecil ke atas sebuah troli, membolehkannya bergerak menurun landasan itu dengan halaju yang seragam.
(b) Letakkan sebuah troli di bahagian atas landasan dan sebuah lagi di bahagian bawah landasan itu.
(c) Labelkan troli (atau troli-troli) yang terletak di bahagian atas landasan itu sebagai troli P. Labelkan troli (atau troli-troli) yang terletak di bahagian bawah landasan itu sebagai troli Q.
(d) Masukkan pita detik melalui jangkamasa detik dan lekatkannya di hujung troli P.
(e) Hidupkan jangkamasa detik. Kemudian tolak troli P supaya berlanggar dengan troli Q dan melekat bersama dengannya. Pastikan kedua-dua troli melekat bersama-sama selepas perlanggaran. Jika tidak, ulang langkah ini semula. Catat jisim troli yang bergerak sebelum dan selepas perlanggaran dalam jadual di bawah.
(f) Daripada pita detik, tentukan dan catat halaju bagi troli-troli sebelum dan selepas perlanggaran. Seterusnya hitung jumlah momentum bagi troli-troli sebelum dan selepas perlanggaran. (Abaikan detik-detik pada bahagian permulaan dan akhir pita itu.)
(g) Ulang langkah (b) - (f) tetapi kali ini gunakan bilangan troli yang berikut

       (a) troli P (1 troli) berlanggar dengan troli Q (2 troli) yang pegun.
       (b) troli P (2 troli) berlanggar dengan troli Q (1 troli) yang pegun.
       (c) troli P (2 troli) berlanggar dengan troli Q (2 troli) yang pegun.

Sebelum pelanggaranSelepas pelanggaran
Jisim (m1)Halaju (u)Jumlah momentum (m1u)
Jisim (m1 + m2)Halaju (v)Jumlah momentum
(m1 + m2)v
1
2
1
3
   
1 + 1 = 2
2 + 1 = 3
1 + 2 = 3
3 + 1 = 4
   

Keputusan:
Daripada jadual di atas, didapati bahawa

    Jumlah momentum sebelum pelanggaran = Jumlah momentum selepas pelanggaran

iaitu momentum adalah terabadi

<< KE BELAKANG