Eksperimen 2.3


Kaedah:
(a) Pasang neraca inersia kepada meja makmal seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
(b) Letakkan satu silinder logam ke dalam neraca inersia itu.
(c) Ayunkan neraca inersia secara mengufuk dengan memastikan sudut ayunan tidak terlalu besar.
(d) Dengan menggunakan jam randik, ukur dan catat masa untuk 10 ayunan, t, sebanyak dua kali.
(e) Hitung nilai min bagi t, katalah t'. Kemudian hitung tempoh ayunan, T = t'/10.
(f) Keluarkan silinder logam itu. Lekatkan seketul plastisin pada kedudukan silinder logam tadi di atas neraca inersia. Ulang langkah (c) - (e).
(g) Tambahkan atau kurangkan plastisin sehingga masa untuk membuat 10 ayunan sama dengan yang diperoleh dalam langkah (d). (Pastikan plastisin dilekatkan dengan kuat di atas neraca inersia.
(h) Timbang silinder logam dan juga plastisin secara berasingan dengan menggunakan neraca tuas. Catat bacaan jisim masing-masing.
(i) Keluarkan plastisin.Ulang langkah (c) - (e) dengan dua, tiga, dan empat silinder logam diletakkan ke dalam neraca inersia itu.
(j) Catat bilangan silinder logam yang diayunkan, m dan tempoh ayunan, T dalam bentuk jadual. Kemudian plotkan graf m lawan T.


Kesimpulan:
(a) Tempoh ayunan akan bertambah apabila jisim yang lebih besar terletak dalam neraca inersia. Ini ialah kerana jisim yang lebih besar akan memberi rintangan gerakan yang lebih besar, iaitu inersianya lebih besar.
(b) Tempoh ayunan bagi dua jisim yang sama adalah sama. Ini ialah kerana dua objek yang sama jisimnya mempunyai inersia yang sama.


<< KE BELAKANG