APA ITU DAYA TARIKAN GRAVITI?
Daya tarikan yang bertindak ke atas sebarang jasad pada permukaan bumi menuju ke pusat bumi.




 
Daya Tarikan Graviti
Daya tarikan graviti ialah suatu kuantiti vektor.
Unit SI bagi daya tarikan graviti ialah newton (N). Magnitud daya tarikan graviti bergantung kepada jisim jasad dan jarak dari pusat bumi.

Pecutan Graviti
Pecutan graviti adalah pecutan yang dihasilkan oleh tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi.
Pecutan graviti ialah kuantiti vektor.
Unit SI bagi pecutan graviti ialah meter sesaat sesaat.
Pecutan graviti di permukaan bumi ialah 9.8m s-2. la kadangkala dianggap bernilai 10 m s-2. Oleh sebab daya tarikan graviti berubah dengan jarak dari pusat bumi, pecutan graviti turut berubah apabila jarak dari pusat bumi berubah.

Berat
Berat bagi sesuatu jasad adalah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas, jasad itu menuju ke pusat bumi.
Berat ialah kuantiti vektor.
Unit SI bagi berat jalah newton (N).
Oleh sebab daya tarikan graviti boleh berubah, maka berat juga boleh berubah.
Berat kita di bumi adalah lebih besar daripada berat kita di bulan kerana daya tarikan graviti burni adalah lebih kuat daripada daya tarikan graviti bulan.

BERAT
JISIM
Kuantiti vektorKuantiti skalar
Unit SI adalah NewtonUnit SI adalah kilogram
Sejenis dayaSuatu ukuran kuantiti jirim
Jadual menunjukkan perbezaan di antara berat dan jisim


<< KE BELAKANG